Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Monday, February 18, 2019

JOM KE SEKOLAH 2019

Program Jom Ke Sekolah telah dijalankan serentak di seluruh negara termasuk di SMK Warisan Puteri pada Isnin, 18 Februari 2019. Program Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 adalah program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid, penglibatan pihak Polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.


Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mohd Aiman Wong telah hadir sebagai tetamu kehormat program ini.
Tetamu Kehormat - Inspektor Aiman
Pengacaraan majlis dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Warisan untuk memberi peluang anak-anak Warisan mengasah bakat dalam bidang pengacaraan sebagai salah satu daripada pembangunan kemahiran insaniah mereka.






Dalam ucapannya, Tetamu kehormat, Inspektor Aiman Wong mengingatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa hadir ke sekolah dan menjauhi aktiviti-aktiviti yang negatif seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan gejala-gejala sosial yang lain.







Objektif program adalah untuk:

  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  3. Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa









Majlis turut menganugerahkan sijil kehadiran penuh kepada pelajar-pelajar Warisan yang telah menunjukkan kehadiran penuh sepanjang bulan Januari tahun 2019.







Di akhir program pihak sekolah telah menyampaikan cenderamata kepada Tuan Inspektor Aiman Wong, Pegawai Perhubungan Sekolah. 



Seterusnya warga Warisan merakam kenangan program ini melalui pengambilan gambar foto digital.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...