Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Saturday, December 29, 2018

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2019 DAN PELANCARAN GENOSIS

Majlis pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan telah dijalankan di Dewan Cenderawasih pada Sabtu, 29 Disember 2018. Pendaftaran semula bagi pelajar-pelajar Tingkatan 2 hingga 5 juga diadakan pada hari yang sama di samping Pelancaran Genosis Tahun 2019.



Tetamu kehormat adalah Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, Pengerusi Yayasan Genovasi Malaysia, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.












Selepas pelancaran Genosis, Tan Sri Abd Ghafar dan pasukannya telah dibawa mengunjugi Pusat Genosis sekolah, Bilik Pembelajaran Interaktif.                                                                                                                                                                                                                                                        

Pusat Genosis dalam pemajuan



Pendaftaran pelajar-pelajar pula bermula selepas majlis pelancaran program Genosis. Acara dimulakan dengan taklimat daripada Penolong Kanan HEM, Encik Zulkifli Alwi diikuti oleh taklimat akademik daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Haji Zahari bin Datuk Wira Haji Long.




Terdapat perubahan pada nama-nama kelas untuk tahun 2019. Nama-nama baharu kelas ialah Sutera, Mutiara, Kasturi, dan Warisan.













Pendaftaran kelas PPKI juga dibuka untuk sesi persekolahan tahun 2019.






Monday, November 12, 2018

SAMBUTAN WIRA NEGARA - JOHAN GLOBAL IT CHALLENGE 2018

Alhamdulillah, wira Warisan, saudara Haris Ezani,Tingkatan 5 Arif, salah seorang daripada lima peserta yang mewakili Malaysia di Global IT 2018 for Youth with Diasbilities telah berjaya mendapat satu pingat emas acara berpasukan dalam pertandingan yang bertempat di New Delhi, India pada 9 hingga 11 November 2018. 










Jalur Gemilang berkibar di New Delhi. Tahniah Haris Ezani.
Kehebatan Malaysia terserlah dalam kalangan 24 negara Asia Pasifik yang bertanding dengan sejumlah 120 peserta.










Semoga kejayaan Haris Ezani menjadi inspirasi, perangsang dan semangat kepada anak-anak Warisan untuk menjulang nama negara di peringkat antarabangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...