Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Tuesday, April 30, 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019 - HATS OFF

Majlis Sambutan Hari Guru 2019 peringkat sekolah telah dijalankan pada Selasa, 30 April 2019. Sambutan dimulakan dengan sarapan pagi di kantin sekolah. Sambutan hari guru tahun ini lebih meriah kerana sekolah turut dikunjungi oleh Ketua Kampung Jalan Jelebu, Encik Mohamad bin Aziz.



NYDP PIBG dan Pengerusi MPKK Jalan Jelebu turut hadir
Selepas sarapan pagi, guru-guru, kakitangan sekolah serta pelajar-pelajar Warisan meneruskan acara majlis sambutan hari guru dengan senamrobik.

Senamrobik di Dataran Warisan


Acara senamrobik sambutan hari guru ini dikendalikan oleh Puan Noor Fazilah dan Puan Nurul Hanisah.




Selepas senamrobik, diadakan permainan hari guru yang mana guru-guru dan kakitangan sokongan dikelompokkan dalam enam kumpulan.







Antara acara permainan adalah Jom Fikir, Kasi Tumbang, Pandainya Musang, Naik Atas...Stop, Aku Lemas, Susun dan Kemas, Sakit Mata, Alamak....Penatlah, Tolong Dapatkan Saya dan Cantiknya Saya untuk acara individu.









Kasi Tumbang Cikgu!


Selepas acara permainan tamat, majlis sambutan hari guru berhenti rehat untuk majlis perasmian sambutan yang akan bermula 11.00 pagi.




The Prodigious - You're the best!
Suatu insiden yang amat mengharukan dalam sambutan hari guru kali ini adalah kejutan yang diberikan oleh semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 bersatu hati, bermuafakat bersepakat muncul secara tiba-tiba dari bangunan sekolah untuk meraikan guru-guru mereka. Terima kasih 5 Sutera, Terima kasih 5 Mutiara, Terima kasih 5 Kasturi, Terima kasih 5 Warisan semoga kalian lulus cemerlang dalam SPM 2019.




Guru-guru memberikan "hats off" kepada batch The Prodigous di atas sambutan yang diberikan. Sunnguh ianya adalah sesuatu kejutan yang sangat mengharukan. Tahniah dan syabas The Prodigious!





Bacaan ikrar hari guru





Persembahan pelajar PPKI diketuai Firman
Persembahan istimewa daripada kelas PPKI turut menyerikan majlis sambutan hari guru Warisan tahun ini.



Monday, April 29, 2019

PELANCARAN MINGGU PPDA DAN DARVIH PERINGKAT SEKOLAH 2019

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Darvih peringkat sekolah telah dijalankan di Dewan Cenderawasih pada 29 April 2019.


Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan dan lagu Dadah Durjana.


Persembahan pelajar dan penyampaian sajak turut menyerikan majlis pelancaran hari ini.





Perutusan Minggu Anti Dadah daripada Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah disampaikan oleh tuan pengetua manakala ucapan perasmian pelancaran Minggu PPDa dan Darvih disempurnakan oleh Tuan Inspektor Mohd Aiman Wong bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah.





Bagi mengisi slot perkongsian ilmu, ceramah Jauhi Dadah dan Gejala Sosial telah disampaikan oleh Encik Abdul Aziz bin Mohd Paudzai pegawai AADK Seremban.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...