Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri merupakan sebuah sekolah baru yang dirancang oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Pada asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri tiada dalam senarai sekolah baru dibuka untuk sesi 2007. Sekolah yang dirancang sebelum ini adalah SMK Rasah Kemayan yang akan menumpang di SMK Bukit Kepayang.


Namun oleh sebab pemaju Rasah Kemayan tidak dapat membekal tapak untuk pembinaan sekolah, maka SMK Rasah Kemayan terpaksa dipindahkan ke Bandar Warisan Puteri yang sudah sedia mempunyai tapak. SMK Warisan Puteri mula beroperasi di SMK Dato’ Haji Mohd Redza pada 3 Januari 2007 sehingga 10 November 2010. Pada masa itu, persekolahan bermula pada sesi petang bermula dari jam 1.25 petang sehingga 6.35 petang.


Pada hari Pendaftaran Pelajar seramai 104 pelajar telah mendaftar. Muhammad Shafiq bin Azmanadalah pelajar pertama yang didaftarkan di sekolah ini.Pada hari tersebut YB Dato’ Mohd Yusof bin Harmain Shah, ADUN Sikamat ketika itu telah melakukan lawatan kerja dan meluluskan derma sebanyak RM5,000.00. Encik Cheah Lef Ngan telah dilantik sebagai Pengetua pertama pada 15 Januari 2007. Pn Hajah Faridah bt Jabbar menggantikan En Cheah pada 16 September 2009 sehingga Oktober 2016 apabila beliau bersara wajib.


Enrolmen pelajar sekarang berjumlah 455 dan dijangka akan bertambah setiap tahun.


Kepimpinan Pn Hajjah Faridah bt Jabbar telah membawa ke mercu menempa kejayaan berperingkat-peringkat, bermula dengan pencapaian Pertandingan Usahawan Muda Koperasi mendapat tempat ke-3 peringkat negeri pada tahun 2010. Kemudian disusuli dengan kejayaan Bilik BOSS menjuarai peringkat negeri sebagai Bilik BOSS terbaik tahun 2013. Terkini pula Program Amalan Penyayang dimartabatkan sebagai Program contoh peringkat Negeri Sembilan. Tahniah.



SMK Warisan Puteri terus melakar kecemerlangannya dengan kejayaan IQMAL HISYAM BIN MUSTAFA KAMAR (2A) mewakili sekolah dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri dan telah merangkul tempat ke-3. IKMAL NORHAFIFI BIN NORDIN (5B) telah mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA di Perlis pada bulan Jun 2014 dalam acara LUMBA BASIKAL 200 M sprint dan 1km trek. AFIF AIMAN BIN OSMAN (3B) telah cemerlang di bidang sukan Hoki dengan melayakkan diri bermain mewakili pasukan Hoki Negeri Sembilan bagi MSSM 2012-2014.


Sukan Equestrian di Peringkat Kebangsaan telah menampilkan LUQMAN EMIR BIN YA’COB (3A) di tempat ke-4 Dressage Horse Show yang diadakan di UTM, Johor. Pada bulan Disember 2013 beliau turut memenangi tempat ke-4 National Dressage Horse Show di Kelab Turf Perak, Perak Darul Ridzwan.


MUHAMAD AFIF DANIEL BIN MOHD ZULKARNIAN (2B) telah cemerlang di bidang taekwando dengan Pingat Emas di UTI Pro International Championship di Indonesia serta pingat Perakdalam Pertandingan Taekwando Malaysia pada September 2013.MUHAMMAD HILMI FITRI BIN HARUN turut cemerlang dalam sukan Taekwando dengan memenangi NAIB JOHAN INVITATIONAL INTERNATIONAL KUKKIWON CUP MALAYSIA PADA 30 JUN 2013 DI KOTA DAMANSARA, SEGI UNIVERSITI, KUALA LUMPUR ANJURAN KUKKIWON CUP MALAYSIA.


Sukan Tinju pula menampilkan nama-nama pemenang berikut bagi acara Karnival Sukan Pelapis Negeri Peringkat Zon Selatan Sirkit 1 di Melaka;

1. Akmal Naim in Norazizam (1C) – Pingat EMAS – 33-35 kg

2. Ariff Aiman bin Osman (1B) - Pingat Gangsa – 33-35 kg

3. Mohd Khairul Anwar bin Razali (2D) – Pingat EMAS – 35-38 kg

4. Muhammad Ammar Zuhaily bin Zulkefli (3B) – Pingat PERAK – 63 kg


Acara sukan Tinju dalam Karnival Remaja Kebangsaan Negeri Perlis 2014 telah menampilkan kecemerlangan ,Mohd Khairul Anwar bin Razali (2D) – Pingat EMAS – 35-38 kg


Sukan Tinju terus mencungkil bakat-bakat muda pada Karnival Sukan Pelapis Zon Selatan Sirkit 2, 2014 di Johor Bharu pada 20-22 Jun 2014, anjuran Majlis Sukan Negara;

1. Ariff Aiman bin Osman (1B) – 30-33 kg – PINGAT EMAS

2. Akmal Naim bin Noraazizam (1C) – 33-35 kg – PINGAT PERAK

3. Shahezal bin Abd Hadi (2C) -35-38 kg – PINGAT PERAK


Pada 1 November 2016, Tuan Haji Hamidon bin Haji Khalid telah melapor diri sebagai pengetua SMK Warisan Puteri yang ketiga berikutan daripada persaraan Puan Hajah Faridah binti Jabbar pada Oktober 2016.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...