Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Wednesday, November 1, 2017

PROGRAM KITAR SEMULA SWM ENVIRONMENT 2017

Program Kitar Semula telah berjaya dilaksanakan di Dewan Cenderawasih, SMK Warisan Puteri pada Rabu, 1 November 2017 bermula 9.00 pagi. Ini adalah usaha kolaboratif di antara sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan South Waste Management Environent, SWM Environment Sdn.Bhd, Seremban 2.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Haji Hamidon bin Haji Khalid, Pengetua SMK Warisan Puteri. Tuan pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SWM yang diketuai oleh Encik Zarif Akmar bin Mohd Zain dan rakan-rakan beliau dari syarikat SWM Environment. Pengetua menjelaskan tentang kepentingan konsep tiga R - Reduce, Reuse dan Recycle dalam menguruskan sisa-sisa pepejal dan barang-barang yang tidak diperlukan lagi. Beliau juga turut menyentuh tentang konsep sedekah dalam Islam dan kepentingan bersedekah dengan barang-barang yang kita sayang.



Encik Zarif Akmar kemudiannya memberikan taklimat berkaitan program ini dan mengadakan sedikit tunjukcara. Bagi menghargai perkongsian ilmu yang diberikan oleh beliau, pihak sekolah menyampaikan sedikit cenderamata kenangan kepada beliau yang disampaikan oleh Puan Junainah, Ketua Bidang Bahasa.






Program kitar semula ini diketuai oleh Encik Zulkifly Mohd Yusof, Ketua Bidang Kemanusiaan dan dibantu oleh Puan Ramlah Haji Mohd Zain (Pengurusan Sesi Ceramah), Encik Haizul Abdullah (Pengurusan Sesi Ceramah), Encik Muhamad Badrul Amin bin Mustafa (Pengurusan Kitar Semula dan Puan Hamidah Hassan (Pengurusan Sijil dan Cenderamata).  

Friday, October 13, 2017

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2017

SMK Warisan Puteri telah mengadakan majlis sambutan Hari Sukan Negara 2017 pada Jumaat, 13 Oktober 2017 bertempat di Dataran Warisan SMK Warisan Puteri. 


Acara yang diadakan sempena sambutan ini adalah aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Nurul Hanisah.

Thursday, October 5, 2017

LINTON UNIVERSITY COLLEGE SUMBANG 100 KERUSI DAN MEJA

Alhamdulillah, Linton University College yang beroperasi di Mantin telah menyumbangkan 100 kerusi dan 100 meja peperiksaan kepada SMK Warisan Puteri. 

Bersama En.Mohd Nizwan Mohd Nazri, Business Development Manager dan kaunselor pelajar 


Satu majlis penyerahan bantuan tersebut telah diadakan secara ringkas di blok pentadbiran Kolej Universiti Linton oleh Naib Canselor kolej, Dr. Kamis bin Awang kepada Pengetua SMK Warisan Puteri, Haji Hamidon bin Haji Khalid. Sebagai balasan, pihak sekolah telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Kolej Universiti Linton.

Interaksi bersama Dr.Kamis Awang, Naib Canselor Kolej Universiti Linton




Lawatn ke satu daripada 15 dewan kuliah maksima 212 kerusi

 Cik Norazira Osman, PMR 2012, bertudung pink
Seorang bekas pelajar Warisan, iaitu Cik Norazira Osman (PMR 2012) bertuas sebagai kaunselor di institusi ini.

Thursday, August 24, 2017

SAINTIS MUDA WARISAN BERTANDING DI KASTEK 2017

Seramai empat orang saintis muda Warisan @ SMK Warisan Puteri telah menyertai mini Karnival Sains dan Teknologi (KASTEK) peringkat Daerah Seremban 1 di SMK Bandar Enstek pada Khamis 24 Ogos 2017 yang lalu.


Keempat-empat pelajar itu adalah:
  1. Muhammad Haziq bin Norazman
  2. Muhammad Safri Izwan bin Saparudin
  3. Thanalaxmy a/p Veeran
  4. Nureen Juzaila binti Yuzaili
Saintis muda Warisan - Thanalaxmy dan Nureen Juzaila

Muhammad Haziq dan Muhammmad Safri mengambil bahagian di dalam pertandingan Teknologi Pelancaran Roket manakala Thanalaxmy dan Nureen Juzaila mengambil bahagian dalam Saintis Muda.



Tahniah kepada saintis muda Warisan yang dapat mengambil bahagian di pertandingan peringkat daerah. Diharapkan penyertaan mereka ke pertandingan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan minat mereka kepada mata pelajaran Fizik dan Kejuruteraan. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pengiring dan penasihat, Puan Nor Aida binti Ahmad Subki dan Puan Rohaida binti Mat Taib yang membimbing dan tunjuk ajar kepada peserta-peserta Warisan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...