Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Thursday, March 28, 2019

MERINTIS HUBUNGAN JARINGAN ANTARABANGSA PSS 2019

Pada 28 Mac 2019, pengetua Warisan Tuan Haji Hamidon bin Haji Khalid telah berkesempatan mengunjungi Sekolah Menengah Atas Negeri 1 (SMAN 1) Sawahlunto di Sumatera Barat. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau keistimewaan sekolah ini yang menjadi rujukan kepada sekolah-sekolah lain di Sawahlunto di samping melawat perpustakaan sekolah yang menjadi nadi pusat sumbernya..

Sambutan oleh SMAN 1 Sawahlunto

Kunjungan ke SMA Negeri 1 Sawahlunto, Sumatera Barat merupakan salah satu aktiviti Kembara Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MPSM NS) dengan bermotosikal di Sumatera Barat dari 26 hingga 30 Mac 2019 bertujuan memperkenalkan MPSM kepada pendidik di Sumatera Barat di samping mengadakan jaringan antarabangsa serta melihat keistimewaan sekolah-sekolah di Sumatera Barat yang merupakan tanah Minangkabau.



Papan tanda Sawahlunto

Di SMA Negeri 1 Sawahlunto, rombongan disambut dengan tarian selamat datang tradisi budaya Minangkabau. Pengetua Warisan selaku ketua rombongan dan 3 orang lagi pengetua Negeri Sembilan dan 3 orang guru dipelawa memakan sireh yang dibawa oleh penari-penari yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rujukan ini.








Selepas bergambar bersama-sama, rombongan dibawa ke bilik guru / bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan dan taklimat daripada Kepala Sekolah (Pengetua) SMAN 1 Sawahlunto, Doktoranda Sri Sumarni. Pengetua Warisan memberikan ucapan balas bagi pihak peserta rombongan.



Barisan lima kepala sekolah



Suasana bilik guru - kipas di tengah-tengah
Selepas itu diadakan majlis menandatangani sijil penghargaan dan pemberian cenderamata. Kemudian peserta dibawa melawat persekitaran luar sekolah, melihat tapak semaian pertanian, kolam penternakan ikan yang menjadi kebitaraan sekolah dan perpustakaan sekolah.

Menandatangani memorandum persefahaman
Penyampaian cenderamata kepada Kepala Sekolah SMAN 1 Sawahlunto

Perpustakaan sekolah
Perpustakaan Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Sawahlunto tidaklah berapa luas berbanding perpustakaan SMK Warisan Puteri, begitu juga bilangan koleksi bukunya. Perpustakaan ini juga tidak dilengkapi kipas angin mahupun pendingin udara. Namun apa yang menarik adalah terdapat seorang Ketua Pustakawan dan dua orang pustakawan yang memiliki diploma bertugas di sekolah ini.

Bergambar ramai bersama staf sekolah - guru dan bukan guru.
Sebelum meninggalkan sekolah, Haji Ezaiddin Hussain, Pengetua SMK Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, EXCO MPSM Negeri Sembilan mewakili MPSM Negeri Sembilan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Sri Sumarni, Kepala Sekolah SMA Negeri 1 Sawahlunto.


Dengan terbinanya jaringan ini, diharapkan pada masa akan datang pelajar-pelajar SMK Warisan Puteri dan guru-guru dapat berkunjung ke sekolah ini. Pengetua juga telah mempelawa Kepala Sekolah dan guru-guru serta pelajar-pelajar SMA Negeri 1 Sawahlunto untuk mengunjungi SMK Warisan Puteri. Tambahan pula Negeri Sembilan dan Tanah Minangkabau  mempunyai hubungan sejarahnya yang tersendiri.

Berita kunjungan rombongan turut diterbitkan oleh salah seorang guru SMA Negeri 1 Sawahlunto, Yanderina Fajarini di blognya. Rujuk http://yanderinafajarini.gurusiana.id/article/kunjungan-dari-negeri-sembilan-malaysia-859725

Sunday, March 24, 2019

PROGRAM LESTARI WARISAN 2019

Tahniah dan syabas kepada Pembimbing Rakan Sebaya Warisan yang mengikuti program Lestari Warisan di atas usaha murni melestarikan sudut Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling merasa bangga dengan komitmen anak-anak Warisan yang sanggup hadir ke sekolah pada Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2019.




Diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan kerjasama sepasukan di antara Pembimbing Rakan Sebaya yang senior dan pelatih PRS di samping menceriakan laluan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan mempamerkan pelbagai maklumat. Seterusnya ia dapat membantu meningkatkan penarafan Pusat Sumber Sekolah.

Thursday, March 14, 2019

SEKITAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2018

Keputusan SPM 2018 telah diumumkan oleh pengetua di Dewan Cenderawasih pada Khamis 14 Mac 2018 sebaik sahaja menerimanya dari Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.




Keputusan SPM 2018 menunjukkan terdapat kenaikan GPS sebanyak 0.01 dan peningkatan peratus lulus yang tertinggi sejak tahun 2013, iaitu tahun pertama calon sekolah mengambil SPM.





Sekalung tahniah diberikan kepada batch ke-6 SPM yang telah mencatat rekod kelulusan tertinggi SPM iaiatu sebanyak 91.3%.

Menerima slip keputusan daripada guru tingkatan



Beberapa agensi pendidikan dari badan berkanun kerajaan dan institusi swasta turut membuka booth guna memberi peluang kepada lulusan SPM memilih bidang kursus selepas SPM. Pelajar-pelajar lain juga berpeluang mengenali institusi-insitusi pendidikan yang ada.










Hari pengumuman keputusan SPM ini turut mempertemukan semula guru-guru dengan bekas murid di samping mempertemukan sesama rakan sekelas semasa di tingkatan lima tahun lepas.







Thursday, March 7, 2019

WARISAN BERJAYA DI TIGA ARENA SUKAN 2019

Seluruh warga SMK Warisan Puteri merakamkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Hoki Wanita Daerah Seremban yang berjaya menjadi Johan di Kejohanan Hoki Wanita Bawah 18 Tahun peringkat Negeri Sembilan. Kejayaan ini menadi lebih manis lagi apabila pemain Warisan, Ainin Sofia  berada di dalam pasukan itu yang bertindak sebagai penjaga gol.

Ainin Sofia, hujung kiri barisan hadapan


Sekalung tahniah juga disampaikan kepada Cikgu Subra dan Cikgu Noor Fazilah yang bertindak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan hoki wanita Warisan.

Sementara itu khabar gembira diterima di gelanggang bola jaring apabila Sharifah Alia Qistina dari 5 Warisan yang terpilih mewakili pasukan bola jaring bawah 18 daerah Seremban di Kejohanan Bola Jaring Bawah 18 MSSM Negeri Sembilan muncul sebagai Johan.



Kejayaan ini lebih bermakna apabila Alia Qistina terpilih sebagai penyerang terbaik bawah 18 tahun.


Khabar gembira juga diterima dari Kelab Golf Antarabangsa Seremban, SIGC, iaitu Muhammad Fikry Bin Mohd Agmeer telah menjadi Johan Golf Lelaki bawah 18 peringkat Negeri Sembilan dan layak ke peringkat kebangsaan di Labuan nanti.

Tahniah Fikry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...