Alhamdulillah, 3 guru dan seorang staf sokongan bersama 40 pelajar SMK Warisan Puteri telah berjaya mencipta rekod dunia bersama-sama 4178 peserta lain bagi acara The Longest Chain of People Clasping Wrist atau Rantaian Orang Berpegangan Tangan Terpanjang di Dunia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Rekod dunia berpegangan tangan seramai 4222 orang ini dicipta jam 9.40 pagi.
|
Rekod dunia tercipta jam 9.40 pagi |
Semua peserta telah bersedia seawal jam 5.00 pagi dengan berkumpul di Dataran Warisan mendengar taklimat, mengagih baju-T sambil menunggu bas yang membawa kami ke stadium Paroi jam 5.20 pagi.
|
Dataran Warisan |
Bas Haziq nombor pendaftaran MAH telah sampai jam 5.35 pagi dan terus membawa kami ke Masjid Paroi untuk menunaikan solat Subuh berjamaah bersama-sama ahli-ahli kariah masjid. Selepas solat Subuh peserta-peserta bergerak ke Centre Court Paroi untuk pendaftaran masuk dan menerima bekalan sarapan pagi yang terdiri daripada dua buku roti krim, satu air kotak, satu air mineral dan sebiji buah pir.
|
Dari Masjid Paroi bergerak ke Centre Court |
|
Centre Court, Paroi |
Selepas menerima bekalan makanan dan minuman, semua peserta bergerak dalam kumpulan, kumpulan kami KS12 (Kumpulan Sekolah 12) bergerak masuk ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Di pintu masuk setiap peserta diberi nombor tag peserta. Oleh kerana pasukan Warisan masuk awal, nombor tag peserta adalah kecil dalam lingkungan 380 hingga 420.
Di dalam Stadium Paroi, semua peserta berhimpun dan melakukan
war cry serta sesi pemanasan badan dan persiapan latihan memegang pergelangan tangan sambil menunggu ketibaan Yang Amat Berhormat Dato' Haji Muhamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menyertai pasukan.
|
Menanti ketibaan dif dif kehormat dan pegawai Malaysia Book of Record dan pegawai World Book of Record |
Senarai peserta SMK Warisaan Puteri yang telah berjaya mencipta rekod Malaysia dan rekod dunia tersebuat adalah seperti berikut:
- Amirul Hakim bin Mustapha Kamal
- Ahmad Shauqi bin Mohd Amran
- Al Irfan bin Mazlan
- Alissa Maisarah binti Amran
- Amirul Faiz bin Mustapa Kamal
- Akmal Haffie bi Zulkeply
- Akmal Aiman bin Khairul Zaman
- Aliff Ikhwan bin Dimyati
- Aiman Harris bin Kamilrullah
- Ahmad Alfie bin Halim
- Daniel Syafiq bin Izruwan Gerry
- Ezatus Syafiqah binti Haron
- Hamidon bin Khalid - Pengetua
- Khairul Azizi bin Razali
- Mohamad Rahimi bin Muhd Ridzuan
- Muhd Syahir Iman bin Mansor
- Muhammad Amirul Farriq bin Adnan
- Muhd Izmeer Faziiq bin Md. Raheme
- Muhammad Amirul Farrid bin Adnan
- Muhd Fudhail bin Alias
- Mohamad Fakhrul Razi bin Mohd Fauzi
- Muhammad Haziq bin Norazman
- Muhd Safri Izwan bin Saparudin
- Muhammad Aidil Syahmi bin Hazari
- Muhd Syazrul bin Mohd Saufi
- Muhammad Syahdan bin Mansor
- Nurul Ain Natasa binti Junaidy
- Nurfatihah binti Abu Mansor
- Nurul Adelina binti Zaifuddin
- Nursyahmi Afqah binti Abdul Razali
- Nur Ilma Llyana binti Md. Din
- Nuramirah Atiqah binti Fairuz Reza Shah
- Nurul Ain Nadhirah binti Zamri
- Nureen Humairah binti Norazmi
- Nurul Umairah binti Shahairul
- Nurul Ain Hadirah binti Azhar
- Noor Eyma binti Hamzah - Staf sokongan
- Putri Nurul Ellialyssa binti Hamzah
- Sarvin a/l Ramash
- Siti Maimunah binti Sarji
- Salziah binti Salim - Guru
- Umar Hilman bin Muhammad Fudzairi
- Zulkifli bin Alwi- Penolong Kanan HEM
|
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut berpegangan tangan |
Setelah rekod dunia dicipta, semua peserta bergerak pula ke Ulu Bendul untuk mendaki Gunung Angsi untuk menyertai 4000 lagi sukarelawan yang telah bersedia di Gunung Angsi. Di sini rantaian berpegangan tangan akan disambung dari puncak ke kaki Gunug Angsi menjadikan bilangan orang mencapai 8000. Sebelum bergerak ke bas, peserta-peserta dibekalkan dengan set ayam goreng Kentucky resepi original.
Kumpulan Warisan memulakan pendakian sekitar jam 2.00 petang dan tiba di tempat menyambung rantaian berpegangan tangan sejam kemudian.
No comments:
Post a Comment