Walaupun hari ini adalah hari cuti umum atau hari minggu, Ahad 6 Ogos 2017, peserta-peserta dari SMK Warisan Puteri telah hadir dengan jayanya raptai acara memecah rekod dunia untuk kategori "Longest chain of people clasping wrists" di Centre Court dan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.
Berpegangan tangan selama 3 minit |
Antara latihan yang diadakan adalah mempersembahkan "war cry' dan berpegangan tangan selama tiga minit di samping latihan kemahiran pengurusan pergerakan peserta.
Dengan sekali percubaan sahaja peserta-peserta telah berjaya berpegangan tangan selama tiga minit. Semangat membara untuk mencipta rekod dunia inilah yang menjadikan siri-siri latihan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Syabas dan tahniah pasukan Warisan. Keep it up @ kipidap.
Adalah menjadi harapan warga Warisan agar peserta-pserta kita memperoleh kejayaan bersama mencipta rekod dunia di dalam Ekspedisi Menuju Puncak 2017 sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang dikelolakan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan pada 19 Ogos 2017 nanti di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban dan Gunung Angsi Kuala Pilah.
No comments:
Post a Comment