Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Thursday, August 24, 2017

SAINTIS MUDA WARISAN BERTANDING DI KASTEK 2017

Seramai empat orang saintis muda Warisan @ SMK Warisan Puteri telah menyertai mini Karnival Sains dan Teknologi (KASTEK) peringkat Daerah Seremban 1 di SMK Bandar Enstek pada Khamis 24 Ogos 2017 yang lalu.


Keempat-empat pelajar itu adalah:
  1. Muhammad Haziq bin Norazman
  2. Muhammad Safri Izwan bin Saparudin
  3. Thanalaxmy a/p Veeran
  4. Nureen Juzaila binti Yuzaili
Saintis muda Warisan - Thanalaxmy dan Nureen Juzaila

Muhammad Haziq dan Muhammmad Safri mengambil bahagian di dalam pertandingan Teknologi Pelancaran Roket manakala Thanalaxmy dan Nureen Juzaila mengambil bahagian dalam Saintis Muda.



Tahniah kepada saintis muda Warisan yang dapat mengambil bahagian di pertandingan peringkat daerah. Diharapkan penyertaan mereka ke pertandingan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan minat mereka kepada mata pelajaran Fizik dan Kejuruteraan. Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pengiring dan penasihat, Puan Nor Aida binti Ahmad Subki dan Puan Rohaida binti Mat Taib yang membimbing dan tunjuk ajar kepada peserta-peserta Warisan.

Wednesday, August 23, 2017

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah telah didakan pada 16 Ogos hingga 16 September 2017 bertempat di persekitaran sekolah. 


Majlis bacaan Yasin telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Cenderawasih diikuti oleh Pelancaran Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Parlimen Seremban disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II di Dewan Cenderawasih.

Antara aktiviti-aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan 2017 adalah pertandingan kelas patriotik, pertandingan mewarna poster, pertandingan memancing, pertandingan mereka cipta wau, pertandingan swafoto Merdeka, pertandingan permainan tradisional, pertandingan sepak raga bulatan dan kempen mengibar Jalur Gemilang.

Pertandingan memancing di kolam Warisan

Pertandingan mewarna

Majlis penutup bulan kebangsaan 2017 akan diadakan pada 15 September 2017.

Saturday, August 19, 2017

WARISAN CIPTA REKOD DUNIA

Alhamdulillah, 3 guru dan seorang staf sokongan bersama 40 pelajar SMK Warisan Puteri telah berjaya mencipta rekod dunia bersama-sama 4178 peserta lain bagi acara The Longest Chain of People Clasping Wrist atau Rantaian Orang Berpegangan Tangan Terpanjang di Dunia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Rekod dunia berpegangan tangan seramai 4222 orang  ini dicipta jam 9.40 pagi.

Rekod dunia tercipta jam 9.40 pagi
Semua peserta telah bersedia seawal jam 5.00 pagi dengan berkumpul di Dataran Warisan mendengar taklimat, mengagih baju-T sambil menunggu bas yang membawa kami ke stadium Paroi jam 5.20 pagi.

Dataran Warisan
Bas Haziq nombor pendaftaran MAH telah sampai jam 5.35 pagi dan terus membawa kami ke Masjid Paroi untuk menunaikan solat Subuh berjamaah bersama-sama ahli-ahli kariah masjid. Selepas solat Subuh peserta-peserta bergerak ke Centre Court Paroi untuk pendaftaran masuk dan menerima bekalan sarapan pagi yang terdiri daripada dua buku roti krim, satu air kotak, satu air mineral dan sebiji buah pir.

Dari Masjid Paroi bergerak ke Centre Court

Centre Court, Paroi
Selepas menerima bekalan makanan dan minuman, semua peserta bergerak dalam kumpulan, kumpulan kami KS12 (Kumpulan Sekolah 12) bergerak masuk ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Di pintu masuk setiap peserta diberi nombor tag peserta. Oleh kerana pasukan Warisan masuk awal, nombor tag peserta adalah kecil dalam lingkungan 380 hingga 420.




Di dalam Stadium Paroi, semua peserta berhimpun dan melakukan war cry serta sesi pemanasan badan dan persiapan latihan memegang pergelangan tangan sambil menunggu ketibaan Yang Amat Berhormat Dato' Haji Muhamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan menyertai pasukan.

Menanti ketibaan dif dif kehormat dan pegawai Malaysia Book of Record dan pegawai World Book of Record




Senarai peserta SMK Warisaan Puteri yang telah berjaya mencipta rekod Malaysia dan rekod dunia tersebuat adalah seperti berikut:
  1.  Amirul Hakim bin Mustapha Kamal
  2. Ahmad Shauqi bin Mohd Amran
  3. Al Irfan bin Mazlan
  4. Alissa Maisarah binti Amran
  5. Amirul Faiz bin Mustapa Kamal
  6. Akmal Haffie bi Zulkeply
  7. Akmal Aiman bin Khairul Zaman
  8. Aliff Ikhwan bin Dimyati
  9. Aiman Harris bin Kamilrullah
  10. Ahmad Alfie bin Halim
  11. Daniel Syafiq bin Izruwan Gerry
  12. Ezatus Syafiqah binti Haron
  13. Hamidon bin Khalid - Pengetua
  14. Khairul Azizi bin Razali
  15. Mohamad Rahimi bin Muhd Ridzuan
  16. Muhd Syahir Iman bin Mansor
  17. Muhammad Amirul Farriq bin Adnan
  18. Muhd Izmeer Faziiq bin Md. Raheme
  19. Muhammad Amirul Farrid bin Adnan
  20. Muhd Fudhail bin Alias
  21. Mohamad Fakhrul Razi bin Mohd Fauzi
  22. Muhammad Haziq bin Norazman
  23. Muhd Safri Izwan bin Saparudin
  24. Muhammad Aidil Syahmi bin Hazari
  25. Muhd Syazrul bin Mohd Saufi
  26. Muhammad Syahdan bin Mansor
  27. Nurul Ain Natasa binti Junaidy
  28. Nurfatihah binti Abu Mansor
  29. Nurul Adelina binti Zaifuddin
  30. Nursyahmi Afqah binti Abdul Razali
  31. Nur Ilma Llyana binti Md. Din
  32. Nuramirah Atiqah binti Fairuz Reza Shah
  33. Nurul Ain Nadhirah binti Zamri
  34. Nureen Humairah binti Norazmi
  35. Nurul Umairah binti Shahairul
  36. Nurul Ain Hadirah binti Azhar
  37. Noor Eyma binti Hamzah - Staf sokongan
  38. Putri Nurul Ellialyssa binti Hamzah
  39. Sarvin a/l Ramash
  40. Siti Maimunah binti Sarji
  41. Salziah binti Salim - Guru
  42. Umar Hilman bin Muhammad Fudzairi
  43. Zulkifli bin Alwi- Penolong Kanan HEM
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan turut berpegangan tangan
Setelah rekod dunia dicipta, semua peserta bergerak pula ke Ulu Bendul untuk mendaki Gunung Angsi untuk menyertai 4000 lagi sukarelawan yang telah bersedia di Gunung Angsi. Di sini rantaian berpegangan tangan akan disambung dari puncak ke kaki Gunug Angsi menjadikan bilangan orang mencapai 8000. Sebelum bergerak ke bas, peserta-peserta dibekalkan dengan set ayam goreng Kentucky resepi original.




Kumpulan Warisan memulakan pendakian sekitar jam 2.00 petang dan tiba di tempat menyambung rantaian berpegangan tangan sejam kemudian.


Friday, August 18, 2017

PELANCARAN PROGRAM SEMARAK NEGARAKU SEHATI SEJIWA

Hari ini, Jumaat, 18 Ogos 2017 SMK Warisan Puteri melakar sejarah dengan berlangsungnya majlis Pelancaran Semarak Negaraku Sehati Sejiwa peringkat Parlimen Seremban sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017. Majlis pelancaran program disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II.




Program ini adalah usaha kolaboratif antara Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, serta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan, NBOS.



Jempuan khas yang hadir adalah Dr. Haji Hanafi bin Harun, mewakili Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri, Tuan Azmi Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, mewakili Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Encik Megat Affandi bin Datuk Wira Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban mewakili Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban. Turut hadir adalah 74 orang Pengetua dan Guru Besar, 74 Penolong-penolong Kanan dan 74 AJK PIBG sekolah-sekolah menengah dan rendah di dalam kawasan Parlimen Seremban.


Turut hadir adalah ASP Rasidi, Ketua Polis, Balai Polis Sikamat dan Inspektor Aiman Wong, Pegawai Perhubungan Sekolah.

Suasana ceria anak-anak Warisan

Tuesday, August 8, 2017

USAHA KOLABORATIF BERSAMA MAKNA

Slot Profesional Learning Community kali ini memberi peluang kepada warga pendidik SMK Warisan Puteri untuk berkongsi pengetahuan tentang kanser melalui usaha kolaboratif  sekolah dengan agensi MAKNA, Majlis Kanser Negara.






Antara perkara yang disampaikan oleh pegawai dari MAKNA itu adalah apakah kanser, kesedaran mengenai kanser dan langkah-langkah awal mencegah berlakunya kanser.






Di akhir perkongsian ilmu, Puan Suhailah binti Salim, Penolong Kanan Kokurikulum telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada penceramah MAKNA. Terima kasih tuan.



Monday, August 7, 2017

LDP VLE FROG SIRI 2/2017

Bengkel VLE FROG peringkat sekolah bagi tahun 2017 diteruskan lagi dengan peserta-pesertanya adalah guru-guru di bawah bidang kemanusian.



Bengkel dikendalikan oleh Cikgu Noor Fazilah

Bengkel VLE FROG Siri 2 diadakan di Bilik Akses SMK Warisan Puteri yang telah diberi transformasi pada Sabtu lepas. (5 Ogos 2017).






Diharapkan hasil daripada bengkel VLE FROG ini dapat memberi impak dari segi meningkatkan peratus akses kepada VLE FROG oleh guru-guru SMK Warisan Puteri.

Sunday, August 6, 2017

BENGKEL PENULISAN BERKESAN BAHASA MELAYU SPM

Bengkel Penulisan Berkesan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM telah diadakan pada Sabtu, 5 Ogos 2017.
Seramai lapan orang pelajar Tingkatan 5 berpeluang mengikuti bengkel ang dibimbing oleh Munsyi Dewan, Encik Mohd Salleh bin Hassan dari Kedah.





Pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seremban ini telah diiringi oleh Puan Junainah Harun dan Encik Haizul Abdullah.


Bergambar kenangan bersama En.Mohd Salleh bin Hassan, pengendali bengkel
Segala ilmu yang diperolehi daripada bengkel ini diharapkan dapat dikongsikan oleh peserta-peserta bengkel kepada rakan-rakan mereka di tingkatan lima demi kejayaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...