Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan petanque SMK Warisan Puteri yang berjaya mendapat tempat keempat di Kejohanan Petanque Remaja (Triple) Terbuka Negeri Selangor 2019 bertempat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam. Sebanyak 72 pasukan wanita telah bertanding. Pasukan Warisan yang diwakili oleh Siti Nur Amirah bt Mat Yusuff (4 Sutera), Nur Amelia Syameen bt Roslan (4 Sutera) dan Nik Masyitah Aleiya bt Nik Mustafa (4 Mutiara) turut menerima saguhati bernilai RM 200.
Di peringkat suku akhir, pasukan Warisan telah menewaskan pasukan SAM Parit Baru, Selangor yang merupakan Naib Johan tahun 2018 manakala di peringkat separuh akhir, pasukan Warisan tewas kepada SEMESRA, Selangor yang merupakan Johan tahun 2018. Dalam penentuan tempat ketiga pasukan Warisan telah tewas kepada pasukan SMK Kubu Gajah, Perak.
Tahniah Siti Nur Amirah, Nur Amelia Syameen dan Nik Masyitah Aleiya |
Tahniah girls!! Semoga sekolah Kita terus menempa kejayaan...
ReplyDelete