Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Monday, July 31, 2017

TAHNIAH PENULIS CERPEN WARISAN

Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan Salziah Salim dan empat orang pelajar yang cerpen-cerpen mereka terpilih untuk dibukukan oleh pihak Institut Terjemahan Buku Negara, ITBN, bersama-sama berberapa penulis cerpen lain dari seluruh Negeri Sembilan.




Senarai judul cerpen yang dihasilkan oleh Puan Salziah dan keempat-empat penulis cerpen Warisan adalah seperti berikut:
1. Baju Melayu Hitam dan Toyota Biru Tua oleh Puan Salziah bt. Salim
2. Jaguh Sukan oleh Nur Irma Ilyana bt. Md Din
3. Kemenangan Air Loncong oleh Norfazleen bt. Rusly
4. Kesusahan Menjadi Kenyataan oleh Aina Izzaty bt. Mohammad Fazli
5. Musuhmu Kini Menjadi Sahabat oleh Suhaina bt. Mazlan



Ini merupakan suatu sejarah bagi SMK Warisan Puteri kerana berjaya melahirkan penulis cerpen muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang penulisan kreatif. Terima kasih kepada Puan Salziah Salim yang membimbing dan memberi keyakinan kepada keempat-empat pelajar ini yang akhirnya berjaya menyiapkan cerpen mereka dan terpilih pula untuk dibukukan.


Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Puan Salziah dan keempat-empat penuis cerpen telah disampaikan dalam perhimpunan rasmi hari ini, Isnin, 31 Julai 2017. Diharapkan kejayaan pelajar-pelajar ini dapat menjadi perangsang dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk menghasilkan karya yang serupa. 

 


PROGRAM MY HANDBAG SIRI 3

Program My Handbag diteruskan lagi dengan siri ketiga yang bertajuk Matlamat Diri dan Perancangan. Objektif aktiviti ini adalah supaya mentee @ handbag dapat menetapkan matlamat diri, merancang tindakan susulan dan hala tuu serta membuat aku janji melaksanakan perancangan matlamat.

Hajah Tengku Falehatun Nahar memberi taklimat aktiviti




Ringkasan aktiviti pada siri ketiga ini adalah seperti berikut: Setiap mentee diminta membentangkan matlamat diri dan perancangan hala tuju manakala mentor memberikan bimbingan agar pelan tindakan dapat direalisasikan. Mentee kemudian mencatatkan perancangan tersebut dalam kertas A4 dan ditampal di bilik belajar atau bilik tidur masing-masing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...