Drop down menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH GURU DAN PELAJAR SMK WARISAN PUTERI

Tuesday, June 21, 2016

Ikrar Sekolah

Bahawasanya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk:

Mematuhi peraturan-peraturan sekolah ,
Belajar bersungguh-sungguh ,
Aktif dalam aktiviti kokurikulum,

Kami berjanji sentiasa menghormati ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah, pemimpin pelajar dan rakan-rakan.


Kami juga sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan ajaran agama masing-masing.

Lagu Sekolah

Bersemangat waja bersatu hati,
Berdisiplin, berilmu dan berbakti,
SMK Warisan Puteri tetap dicintai,
Berusaha demi visi dan misi.

Bersama mendukung satu wawasan,
Rukun negara tetap menjadi panduan,
Bersatupadu bergandingan tangan,

Menuju arah kecemerlangan. 

Moto Sekolah

BERDISIPLIN

       Sekolah merupakan institusi yang membentuk disiplin dan sahsiah kendiri  yang baik supaya
       menjadi warga negara yang berguna.
BERILMU
                   Pembentukan disiplin yang baik akan melicinkan  proses penerapan  ilmu kepada  pelajar-pelajar.
                       

      BERBAKTI


Dengan ilmu yang diperoleh di sekolah, pelajar-pelajar dapat mengamalkannya dalam 
kehidupannya  setiap hari.

Lencana Sekolah


Merah              :  Keberanian serta semangat waja untuk mencapai cita-cita.
Kuning            :  Kesetiaan kepada raja dan kepatuhan kepada rukun negara.
Biru                 :  Perpaduan antara pelbagai kaum.
Putih                :  Kesucian dan keikhlasan dalam semua aspek JERI.
Hijau               :  Keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan warga sekolah.
Hitam              :  Ketabahan dan kesungguhan untuk mencapai Falsafah
                           Pendidikan Kebangsaan.
Buku               :  Sumber ilmu untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Padi                 :  Kesuburan dalam pelajaran.
Obor & bulatan    :  Cahaya ilmu dan semangat kesukanan yang menerangi  kehidupan.
Roda gear        :  Dunia  pendidikan  yang  dinamik dan berorientasikan teknologi.
Atom               :  Pelajaran berorientasikan sains.
Motto              :  Berdisiplin, Berilmu, Berbakti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...